Wednesday, August 29, 2012

Spesifikasi Raket Badminton

Raket Badminton

Dalam post ini saya akan berkongsi sedikit maklumat mengenai ciri-ciri raket badminton yang saya perolehi daripada hasil bacaan saya di internet. Maklumat ini serba sedikit dapat membantu anda dalam membuat pemilihan racket.  Perlu diingatkankan bahawa maklumat ini hanya sekadar dapat membantu anda secara kasar dalam memilih raket yang sesuai, tetapi belum pasti raket yang dibeli nanti sesuai dengan diri anda. Mengikut pengalaman saya, kita perlu mencuba sendiri setiap jenis raket badminton yang ada di pasaran. Kemudian barulah kita akan tahu jenis raket manakah yang sesuai dengan diri kita.

1. Spesifikasi kekerasan batang raket (Racket shaft) :

Medium(Fleksibel)

Batang raket (Racket shaft) yang  bersifat fleksibel memberi tolakan yang lebih pada bulu tangkis setiap kali hayunan dibuat (swing).

Raket yang bersifat medium fliksibel baik untuk kawalan dan pertahanan.  

Keras (Stiff)

Sesuai digunakan untuk gaya permainan secara serangan dan pertahanan.

Libih Keras (Extra Stiff)

Pergerakan batang racket yang minima memberikan ketepatan yang tinggi pada kedudukan bulu tangkis. Dalam erti kata yang lain, ia membantu permain untuk menempatkan posisi bulu tangkis dengan lebih tepat.

Ideal untuk gaya bermain serangan (smashing, net kill, dan lain-lain)

2. Berat Raket

Kebanyakan raket mempunyai berat seperti data dibawah ini.

2U/W2 - 90-94g
3U/W3 - 85-89g
4U/W4 - 80-84g
5U/W5 - 75-79g 

3. Saiz Grip

Saiz ketebalan genggaman grip (Beserta dengan pembalut asal)

Jenama Lain :

G2/S2 - 3.25 inci
G3/S3 - 3.50 inci
G4/S4 - 3.75 inci
G5/S5 - 4.00 inci

Raket Yonex :

G2 - 4.00 inci
G3 - 3.75 inci
G4 - 3.50 inci
G5 - 3.25 inci

4. Titik Keseimbangan (Balancing Point) dari hujung grip.

Kepala berat (Head Heavy)
295-305mm

Berat seimbang (Head Balance)
290-300mm

Kepala Ringan (Head Light)
285-295mm


Di bawah ini terdapat beberapa contoh gambar raket badminton beserta dengan spesifikasinya.






Untuk maklumat lanjut, anda boleh klick pada link di bawah ini untuk mengetahui pelbagai maklumat mengenai raket dan peralatan sukan badminton yang lain.






Wednesday, August 15, 2012

Belajar membuat blog

Alhamdulillah syukur kepada mu ya Allah.
Pertama kali aku belajar membuat blog melalui panduan yang ada di internet. Boleh dikatakan memang amat memeritkan.

Blong ni boleh dikatakan sebagai plat form aku yang pertama untuk berinteraksi dengan orang ramai. Maklumlah muka buku pun aku tidak ada.