PEMILIHAN TALI RAKET & KETEGANGAN TALI RAKET YANG BERSESUAIAN.
Selain dari permilihan raket, anda juga harus memilih tali raket yang sesuai & berapakah ketegangan tali raket yang perlu diikat supaya ianya bersesuaian dengan keupayaan tangan anda. Ketegangan tali raket sedikit sebanyak akan mempengaruhi corak permainan anda. Di bawah ini ada beberapa maklumat berkenaan dengan tali raket :
Kebanyakan tali raket mempunyai 3 ciri ini iaitu :
- Soft Feeling
- Medium Feeling
- Hard Feeling
Kebanyakan tali raket diikat bermula dengan ketegangan (string tension) dari 18 lbs - 30 lbs atau mungkin lebih. Bergantung pada kekuatan tangan dan kesesuaian dengan diri anda.
String tension
|
Power
|
Control
|
Durability
|
Feel
|
Vibration
|
Lower
|
Increase
|
Decrease
|
Increase
|
Increase
|
Decrease
|
Higher
|
Decrease
|
Increase
|
Decrease
|
Decrease
|
Increase
|
Kuasa (Power)
Kuasa di sini merejuk kepada kelajuan bulu tangkis yang terhasil daripada pukulan yang dibuat.
Kawalan (Control)
Kawalan merujuk kepada kawalan bulu tangkis oleh permain. Setiap ketegangan tali, menghasilkan kawalan yang berbeza ke atas bulu tangkis.
Ketahanan (Durability)
Ketahanan merujuk kepada tali raket yang diikat. Tali mungkin cepat putus jika diikat pada ketegangan yang tinggi.
Rasa (Feel)
"Feel" di sini merujuk kepada rasa bulu tangkis ke atas tali setiap kali anda memukul bulu tangkis. Pada ketegangan yang rendah memudahkan anda untuk merasa berapa kuat pukulan yang harus dihasil ke atas bulu tangkis. Ini sangat membantu apabila anda ingin menempatkan kedudukan bulu tangkis terutamanya membuat pukulan drop.
Getaran (Vibration)
Getaran pula merujuk kepada getaran yang terhasil riflex dari bulu tangkis yang dipukul oleh raket anda.


