Saturday, September 1, 2012

PAKAIAN & KASUT

Untuk bermain badminton kita mestilah memakai pakaian yang sesuai. Ianya penting untuk kita berasa selesa dan memudahkan pergerakan ketika bermain. Kasut yang harus dipakai mestilah kasut badminton. Di sesetengah sport arena, kita mungkin akan terjumpa papan tanda peringatan yang menyarankan semua pengguna court badminton memakai kasut badminton. Kasut selain dari kasut badminton tidak dibenarkan. Ini adalah kerana bagi mengelakkan berlakunya kerosakan pada court badminton dan yang amat penting bagi mengelakkan berlakunya kecerderaan ketika bermain.
Di pasaran terdapat pelbagai jenis pakaian dan kasut yang boleh kita pilih sesuai dengan citarasa kita. Di bawah ini terdapat beberapa gambar berkenaan dengan pakaian serta kasut badminton yang biasa dipakai oleh para permaian badminton. Kepada yang muslim, kita masih lagi boleh memakai pakaian yang sesuai asalkan menutup aurat. 

1. Pakaian

 



Pakaian Lelaki

 

Pakaian Perempuan



2. Kasut Badminton

 

Kasut Badminton - Yonex

  

Kasut Badminton - Asics





Sekarang ini, terdapat banyak pilihan yang boleh kita dapati apabila memilih pakaian dan kasut sukan. Banyak meterial yang mempunyai ciri-ciri teknologi baru yang telah diserapkan oleh para pengeluar ke dalam pakaian dan kelengkapan alat sukan yang dikeluarkan oleh mereka. Sebagai contoh, terdapat baju sukan badminton yang dikelurkan oleh Yonex yang memberikan keselesaan kepada para pemain dimana  tidak akan berasa panas apabila berpeluh ketika memakai baju tersebut .


Oleh itu, kita haruslah mencari maklumat terlebih dahulu sebelum membeli apa-apa kelengkapan sukan, ini bagi memastikan kita akan memperolehi kepuasan dari pembelian yang telah kita buat.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment