Sunday, September 2, 2012

Pengenalan Ringkas Sukan Badminton

PENGENALAN

Badminton adalah sejenis sukan raket yang dimainkan oleh dua orang pemain  iaitu dalam acara perseorangan dan empat orang pemain iaitu dalam acara bergu. Posisi permainan adalah secara bertentangan di dalam sebuah gelanggang yang dibahagikan oleh jaring. Mata diperoleh apabila bulu tangkis melepasi jaring dan jatuh  ke dalam gelanggang pihak lawan.

Sukan badminton biasanya dipertandingkan dalam lima acara iaitu perseorangan lelaki dan wanita, bergu lelaki dan wanita dan bergu campuran iaitu seorang lelaki dan seorang wanita dalam satu bergu. Dalam sukan ini pemain haruslah mempunyai stamina yang baik, ketangkasan,kelajuan dalam mengawal posisi gelanggang dan ketelitian dalam memerhatikan pergerakan bulu tangkis. Kemahiran teknikal (skill) adalah amat penting terutamanya dalam mengatur setiap pukulan bulu tangkis yang akan mengelirukan pihak lawan sekaligus akan memberi mata kepada pemain.  

1 comment: