Monday, September 17, 2012

PENDAPAT TENTANG PEMAIN PILIHAN

Datuk Lee Chong Wei adalah merupakan pemain pilihan saya. Pada pendapat saya, beliau adalah merupakan salah seorang permain badminton Malaysia yang bergitu konsistan dari segi kesungguhan, pencapaian dan kecermelangan beliau dalam arena sukan badminton antarabangsa.

Beliau telah banyak menyumbang dan menaikkan nama negara di pentas dunia melalui kemenangan yang diraih. Rakyat Malaysia boleh melihat kesungguhan beliau dalam pertandingan akhir perseorangan badminton yang menemukan beliau dengan pemain nombor satu negara China iaitu Lin Dan.

Prestasi beliau di sukan Olimpik, London baru ini adalah lebih baik berbanding dengan prestasi di Olimpik pada tahun 2008 yang berlangsung di Beijing, China. Perlawan perseorangan akhir di Olimpik pada kali ini boleh dikatakan sengit sehingga membawa ke perlawanan rubber set yang menyaksikan kemenangan berpihak pada Lin Dan iaitu 21-15 , 10-21 , 19-21.

Walaupun mendapat pingat perak di sukan Olimpik London, semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh beliau harus dipuji dan dicontohi oleh semua pemain badminton negara.

Akhir kata, saya sentiasa menyokong setiap perjuangan beliau dalam sukan badminton dan teruskan perjuangan.

No comments:

Post a Comment